Rabu, 6 Jun 2012

Organisasi Jastera 2012

YANG DIPERTUA JASTERA

MOHD ZAMANI MD ZAIN @ Jaa Jastera
Pengasas dan memegang jawatan YDP JASTERA dari awal penubuhan 2005 sehingga kini 2012. Koreografer, jurulatih tari, pengarah teater, pengurus acara dan pengacara majlis. Juga menguruskan JASTERA Entertainment untuk ruang niaga industri kreatif melalui seni dan budaya.

**********

TIMBALAN YANG DIPERTUA

MOHD HAIZATUL FARHAN AB. RAHMAN @ Aanz Jemari
Mula mendaftar sebagai ahli Pertubuhan JASTERA pada tahun 2007. Menjadi pengurus tatarias dan jurumekap artistari JASTERA. Memegang jawatan Penolong Setiausaha JASTERA 2010, Bendahari JASTERA 2011 dan pada tahun 2012 dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Yang Dipertua. Beliau juga pemenang Anugerah AJK JASTERA Terbaik, Anugerah JASTERA 2011.

**********

SETIAUSAHA

SYARIFAH ZAWAHIR SYED HAMID @ Sharifah Zawahir
Menjadi ahli Pertubuhan JASTERA semenjak awal penubuhan tahun 2005. Antara perintis terbaik dalam memberi komitmen terhadap JASTERA dan artistari yang gigih mencari sumber pendapatan untuk keluarga. Memegang jawatan Penolong Bendahari JASTERA 2007, 2008 dan 2009. Menyandang Bendahari JASTERA 2010, Ahli Jawatankuasa JASTERA 2011 dan pada tahun 2012 memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha JASTERA. Pemenang Anugerah AJK JASTERA Berketerampilan, Anugerah JASTERA 2011.

**********
PENOLONG SETIAUSAHA
AZRENDA ELYANI MOHD FAUZI @ Cik Linda
Mula menjejakkan kaki ke pentas tari melalui kumpulan Tarian Mergas Tari SMT Pasir Mas  2007 & 2008 yang menjadi johan tarian Peringkat Negeri Kelantan 4 tahun berturut-turut, beliau terus aktif bersama Pertubuhan JASTERA sehingga sekarang. Diberi tanggungjawab menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha JASTERA 2012. Memenangi Anugerah Artistari Wanita Harapan, Anugerah JASTERA 2011. 
**********
BENDAHARI
ISMAWATY IBRAHIM @ Ismawaty Ibrahim
Menyertai Pertubuhan JASTERA pada tahun 2009. Seorang penari yang dedikasi dan berpotensi menjadi jurulatih yang berwibawa.  Dilantik sebagai Bendahari JASTERA 2012. Berbadan kecil molek tapi berjiwa besar.

 
**********

PENOLONG BENDAHARI
NORAZAIRA ABDULLAH @ Norazaira Hppy Sokmo
Berkhidmat di belakang tabir, menyertai Pertubuhan JASTERA pada tahun 2009. Sentiasa memberi sokongan dan komitmen yang baik apabila JASTERA menganjurkan program. Dipertanggungjawabkan bekerjasama dengan rakan baiknya dalam perihal kewangan, Nora dilantik sebagai Penolong Bendahari JASTERA 2012.


2 ulasan:

  1. walaupun dah lama tinggalkan dunia tarian (kelantan heritage)..tp still teruja dgn tarian...tahniah kerana maju setapak lagi dgn ada laman blog sendiri...wish gud luck sumer...
    -noly-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Go jastere goo!!! I ttp sokong Jastera,wlaupn dh lme xmnari dgn u olss...

      Padam